Quantcast
Channel: Sekadar Berkongsi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 339

Upgrade unifi 5mbps ke 30mbps

$
0
0

Sebulan lepas call TM untuk upgrade perkhidmatan unifi 5mbps kepada 30mbps. Mula melanggan unifi semenjak September 2011 dan sehingga kini dan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan langganan serta service after sales.




Selepas sebulan mendaftar menggunakan 5mbps terus upgrade ke 10mbps dan terikat kontrak selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut downgrade ke 5mbps kembali pada tahun 2013 (selepas tamat tempoh kontrak tiada apa-apa penalti di kenakan untuk downgrade.

Sekiranya mana-mana yang berhajat untuk membuat downgrade elok membaca entri Panduan Upgrade / Downgrade Pakej Unifi serta entri Tempoh Jaminan (Warranty) Set Top Box (STB) Unifi. Walaubagaimanapun kejadian tersebut berlaku ketika itu dan kemungkinan syarat-syarat serta peraturan kini telah berubah mengikut kesesuaian masa kini. Untuk lebih lanjut boleh berhubung terus dengan TM. 

Januari 2016 setelah tamat tempoh kontrak beberapa bulan lepas, sekali lagi aku upgrade ke 30mbps. Dengan pengalaman yang pernah terkena sebelum ini aku bertanyakan dengan lebih terperinci mengenai tempoh kontrak baru, tempoh jaminan baru bagi alat-alat seperti BTU, STB, Router, dan lain-lain. Apabila daftar untuk upgrade ke 30mbps maka aku akan mendapat tempoh jaminan tambahan selama setahun lagi.


Ini bermakna aku akan dapat tukar STB baru aku yang telah lama rosak. Sekiranya telah tamat tempoh jaminan, harga untuk STB baru adalah berharga ratus-ratusan. STB adalah hypptv box untuk tengok channel unifi di tv. Bagi proses pertukaran STB ini, aku sangat berpuas hati. Call untuk membuat aduan pada petang jumaat sekitar jam 5.40pm dan pada jam 11am hari sabtu, juruteknik telah datang untuk menukar set STB yang baru. 


Untuk makluman STB baru yang menggunakan sistem operasi android sangat berguna bagi mereka yang suka godek-godek jenis tak retis duduk diam nak mencari sesuatu yang baru dan lebih berguna. Tutorial sangat bersepah di youtube dan gunakan kaedah google.... "how to"

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai unifi boleh terus klik link sini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 339