Restoran Ikan Patin Che Ta terletak di Prima Sri Gombak. Budak-budak opis tengah kemaruk makan ikan patin masak tempoyak yang mabeles di AR Ikan Patin Masak Tempoyak di Danau Kota setelah di racun oleh aku. Hehehe... di sebabkan masak tempoyak yang "menjadi", kawan sepejabat ajak untuk sessi ulangan. Tapi hampa, ketika kami tiba untuk makan tengahari gerai tersebut belum lagi di buka. Orang kita berniaga agak kurang displin. Maka pilihan kedua adalah Restoran Ikan Patin Che Ta menjadi pilihan untuk di cuba.
Aku punya set memang tak pernah ambik sayur. Cukup sekadar nasi putih + ikan patin tempoyak. Kang nanti ambik banyak-banyak tak abis lak. Teknik nak berjimat-cermat sebenarnya sebab bila di kira harga termasuk teh o ais berjumlah RM18. Hokeh....untuk makan tengahari dah RM18. Nak merasa punya pasal tutup mata jer lah.
Ikan patin nie ada 3 bahagian iaitu kepala, badan & ekor. Aku ambil bahagian badan. Harga adalah mengikut saiz, bermula dari RM8 sehingga RM15 untuk satu bahagian. Harga aku punya seperti gambar di atas adalah RM14 + nasi putih (RM2) + Teh O Ais (RM2).
Maklumlah citarasa setiap orang adalah berbeza. Jika ditanya pilihan selera tekak aku, AR Patin Masak Tempoyak tetap menjadi pilihan utama setakat ini.