Quantcast
Channel: Sekadar Berkongsi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 339

Tips Ke Kedai Makan Yang Telah Viral

$
0
0

 gambar ini di rakam pada petang ahad lepas - mungkin lain kali rezeki kami (gambar contoh)


JANGAN PERGI PADA WAKTU PUNCAK.
Admin pernah terkena...bila pergi makan sedap, tapi bila pergi waktu puncak RASE DAH MACAM HAMPEH. Bila pelanggan terlalu ramai, kualiti makanan terlepas pandang. heeee

BOOKING SEBELUM DATANG.
Kebanyakkan kedai yang di viral selalunya tidak mempunyai ruang & fasiliti yang mencukupi ketika waktu puncak jika terlalu ramai pelanggan yang datang. So jika anda booking awal tidaklah anda tergesa-gesa atau menunggu terlalu lama untuk dapat tempat duduk. Silap2 terus balik je nanti.

Kesimpulannya
Apa-apa pun yang terjadi, anda tidak boleh salahkan mereka 100% kerana mereka pun insan biasa seperti kita yang kadang-kadang melakukan kesalahan & cuba memperbaiki untuk hasil yang lebih baik. Tegurlah secara berhemah & beri mereka input2 positif untuk perbaiki apa yang kurang. Paham-pahamlah, jika terlalu ramai sampai tak cukup tangan yang ceria pun boleh menjadi marah terutama pelanggan & peniaga.

Apa yang penting, kita kena support mereka supaya lebih ramai lagi rakyat malaysia berniaga di Malaysia ini. Yang untung pun KITA JUGA sebab bila ramai yang berniaga, KITA ADA BANYAK PILIHAN MAKANAN & SILAP2 DAPAT HARGA YANG LEBIH MURAH DARI YANG BIASA KITA DAPAT.

Harapan admin, 1 hari nanti Malaysia akan jadi destinasi makanan terkenal seperti negara lain. Jangan terkejut jika pelancong asing datang ke Malaysia ini semata-mata ingin merasai keenakkan & kepelbagaian makanan di Malaysia ini. Insyallah... Amin

* tips ini di perolehi melalui perkongsian di facebook Malaysia Food Channel.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 339