Selesai urusan di Bangi Gateaway (urusan orang perempuan), Dengan menggunakan aplikasi MakanJom kita boleh mengetahui kedai makan berhampiran dan boleh baca review terlebih dahulu. Malah lebih memudahkan lagi boleh menggunakan aplikasi maps terus ke kedai yang di inginkan.
Pilihan pertama adalah mencari ikan bakar namun kecewa setelah D'Kenali Ikan Bakar Stim Berempah & Restoran Ana Ikan Bakar Petai tutup. Mungkin masih belum di buka, membawa kami ke pilihan kedua iaitu Melaka Kitchen.
Restoran Melaka Kitchen terletak di alamat No.32-G, Jalan Medan PB3A, Seksyen 9, Bangi atau boleh klik di facebook Melaka Kitchen. Antara menu yang di pesan adalah Kari Kepala Ikan dan Asam Pedas Tenggiri. Manakala harga bagi menu tersebut agak berpatutan. (harga yang di paparkan tidak termasuk set nasi putih).
Secara keseluruhan agak memuaskan walaupun servis perkhidmatan masih boleh di pertingkatkan dengan tempoh masa menunggu jika dapat di pendekkan serta mengamalkan konsep "first in first out". Takkan lah si A yang datang dulu pesan menu X tapi si B yang dapat dulu walaupun datang kemudian dengan pesanan menu yang sama.
Ha....tuh dia siapa cakap etok salai takde jual di KL (KL adalah merujuk kepada lembah kelang termasuk selangor). Malah status berkenaan etok salai yang di up dekat facebook mendapat respon yang positif dari penggemar-penggemar etok salai. Hahahaha.... apa lagi. Sesaper yang nak beli etok salai, ada nombor fon terpampar kat gambar tu.