Quantcast
Channel: Sekadar Berkongsi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 339

Petua Menghentikan Pendarahan Hidung

$
0
0


Semenjak kecil hinggalah sekarang, bangun tengah malam untuk menguruskan si Muaz yang berdarah di hidung dah menjadi kebiasaan dan rutin macam bangun buat susu untuk si baby. Masalah pendarahan di hidung sangat ketara pada waktu malam sahaja. Hanya kadang-kadang sahaja berlaku di waktu siang, termasuklah ketika di sekolah.

Semenjak kecil lagi dah banyak kali ke klinik, tapi doktor memberitahu tidak ada ubat. Ini berpunca daripada lapisan kulit dalaman bahagian hidung yang terlalu nipis dan mudah terluka apabila di gosok dengan agak kerap terutama sekiranya apabila terasa gatal. Doktor juga memberitahu akan "ok" dengan sendirinya apabila sudah besar.

Atau ada sesiapakah yang tahu petua untuk mencegah daripada terus berlaku? Nak mencuba petua secara tradisional la pula. Asalkan ikhtiar untuk kebaikan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 339