Quantcast
Channel: Sekadar Berkongsi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 339

Pengalaman Pertama Kali Ke KLIA 2 Agak Mengecewakan?

$
0
0
Pengalaman kali pertama ke KLIA 2 hari ini agak mengecewakan? Sebenarnya tidaklah mengecewakan sangat cuma sebagai pengajaran untuk aku untuk kali ke-2 dan seterusnya. Juga sebagai peringatan untuk mereka yang belum ada pengalaman dan ingin menggunakan perkhidmatan kerusi roda bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut.

Sebaik melangkah masuk melalui pintu tingkat atas (tempat menurunkan penumpang di kawasan balai berlepas) kami terus ke kaunter pertanyaan. Maklumlah pengangkutan atas ni adalah sesuatu yang jarang kami gunakan dan ini kali pertama menggunakan perkhidmatan di KLIA 2. Macam rusa masuk kampung pun ada. Terpingga-pinga. Mulut ada dan jangan malu untuk bertanya.

Pertanyaan kami di sambut baik oleh pegawai bertugas dan memaklumkan kerusi roda tersebut hanya boleh di gunakan di kawasan Mall tersebut sahaja. Aku juga di maklumkan untuk ke kaunter informasi di dalam (seperti gambar di bawah) dan meninggalkan kad pengenalan jika mahu menggunakan kerusi roda untuk mengambil penumpang dari kenderaan untuk ke kaunter check-in.



Nasib kami agak kurang baik sedikit apabila tiba di kaunter ke-2. Kami di maklumkan kerusi roda hanya tinggal satu unit sahaja. Di sebabkan jumlah pengunjung dan penumpang yang ramai berbanding hari biasa, kami di jawab dengan baik & elok oleh pegawai bertugas kerana tidak dapat memberi kerusi roda tersebut dan itu hanya untuk kegunaan kecemasan sahaja. 

Ini bermakna penumpang yang kurang upaya atau memerlukan perkhidmatan kerusi roda mempunyai pilihan untuk menunggu kerusi roda di pulangkan oleh pengguna lain atau mencari ikhtiar alternatif untuk masuk ke dalam bagi urusan pendaftaran masuk.

Tanpa ada pilihan lain, mereka yang memerlukan perkhidmatan kerusi roda terpaksa berjalan dari luar hingga ke kaunter pendaftaran masuk. Tidak jauh sebenarnya jarak bagi lelaki yang masih sihat tubuh badan serta sado & hensem seperti aku.


Selepas mendaftar masuk di kaunter pendaftaran masuk (Air Asia terkenal dengan tema tambang murahnya dan selalu tangguh penerbangan) kami di maklumkan untuk ke kaunter paling hujung untuk urusan mengambil kerusi roda yang telah di tempah dan telah dibayar sekali dengan harga tiket penerbangan. 

Di kaunter untuk mengambil kerusi roda pula, kami di tanya sama ada untuk menolak sendiri penumpang atau perlukan staff mereka yang tolak masuk hingga ke dalam. Aku bertanya kembali untuk pengesahan, kalau tolak sendiri boleh sampai ke mana? Bukankah cuma sehingga pintu nak masuk ke balai berlepas yang jaraknya cuma beberapa meter sahaja dari tempat mengambil kerusi roda tersebut? Tanpa jawapan memuaskan, aku minta staff mereka sahaja yang menolak sehingga ke dalam memandangkan kami telah membayar harga bagi perkhidmatan tersebut.

Ini bermakna ada 3 pihak pengurusan dan berbeza syarat serta kawasan liputannya yang bermula dari luar (ketika tiba) sehingga masuk ke dalam. Kanter pertama adalah pengurusan mall, kaunter kedua bawah seliaan pengurusan airport dan kaunter ketiga adalah di bawah pengurusan syarikat penerbangan yang kita pilih.

Pengalaman hari ini adalah pengajaran untuk hari esok.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 339