Sesiapa yang tahu cara untuk menghalang nama (nombor fon) kita daripada di masukkan ke dalam sesuatu kumpulan (group) dalam aplikasi WhatsApp? Kekadang bila terlalu banyak sangat group WhatsApp ni agak merimaskan juga. Siang malam hampir 24jam seolah-olah tak pernah tidur terutama WhatsApp group geng-geng sekolah dulu.
Semalam terjadi lagi sekali untuk kali kedua bila mana anak kecil aku bermain telefon aku. Sekali di bukanya satu video yang memaparkan suara pasangan tengah melakukan sex. Nasib baik kejadian berlaku di rumah dan bukannya di kedai makan. Macam nak keluar biji mata wife pandang semacam kat aku. Agaknya group WhatsApp orang lelaki memang normal kut pada pandangan mereka. Kalau setakat gambar-gambar wanita seksi (sehingga kekadang menampakkan aurat), dah jenuh nak memadam.
Yer lah....bila balik ke rumah telefon kita tentunya di ambil alih oleh anak pula maklumlah disebabkan kita nie bukanlah jenis ada rahsia yang perlu di rahsiakan. Sesiapa ada cara boleh tolong berkongsi. Setakat ini WhatsApp menjadi satu keperluan bagi menggantikan sms namun biarlah penggunaan pada tahap yang sebetulnya.