Kini di beberapa pasaraya telah mula menjual kelengkapan persekolahan walaupun cuti penggal hujung tahun bagi 2015 belum lagi bermula dan sekolah akan mula bercuti 2 minggu lagi akan datang. Minggu lepas ke pasaraya AEON dan terpandang pada harga set lengkap persekolahan (tidak termasuk alat tulis).
Secara purata harga bagi set untuk lelaki & perempuan adalah pada harga RM150 seorang untuk satu set. Sekiranya seorang anak memerlukan 2 set untuk setahun maka harga akan mencapai sehingga RM300 seorang. Ok.... nak urut dada jap. Tarik nafas panjang-panjang sebab mulai tahun ini tiada lagi bantuan persekolahan RM100 (mengikut syarat tertentu) sebagaimana di umumkan dalam bajet 2016 oleh PM kesayangan ramai tempoh hari.
Nasib baik baju, seluar & beg sekolah Muaz masih boleh digunapakai lagi untuk tahun hadapan. Tapi berbelah bagi jika tak beli yang baru sebab bila rosak nanti, tentunya agak sukar untuk mencari barangan kelengkapan sekolah di bulan Mac atau April kan? Jarang peniaga akan restock kerana jualan ini kebiasaannya hanya di hujung dan awal tahun sahaja. Kalau ada sekalipun agak sukar untuk mencari saiz yang sesuai.
Korang dah mula beli ke belum?