Pernah juga terperasan dan ternampak lot parking yang telah disediakan untuk golongan kurang upaya telah telah digunakan oleh orang normal biasa. Kekadang terpikir juga, siapakah sebenarnya yang kurang upaya di situ?
Kalau sebelum ini jika hanya gambar oku sahaja yang terpampang mungkin tidak memberi sebarang makna kepada si pelaku yang mengambil kesempatan.
Tak tahu la pulak macam mana sekiranya masih ada lagi yang masih ada sikap sebegitu setelah melihat peringatan seperti gambar di atas. Atau mungkin kita boleh bersangka baik dia tidak tahu membaca la kut?