Semalam aku terpaksa ambik emergency leave sebab anak bujang yang besar tuh demam. Malam sebelum tu siap muntah-muntah lagi kat tempat tidur. Dah 3 hari demamnya... hari nie dah kebah dan dah boleh ke school balik.
Hari nie si adik dia pulak demam dan kali ni giliran wife lak yang bercuti. Sebab baby berusia 6 bulan nie aku fail sket dalam bab penjagaan. Setakat nak mandikan, bagi ubat, buatkan susu, tukar lampin memang dah expert sangat pun. Cuma time si kecik ni merengek.... hahahaha.... mau mati akal aku di buatnya.
kesian anak abah... kesan chicken pox pun masih ada lagi parut
Pagi tadi bawa si kecik ke klinik. Risau jugak sebab doktor bagitau suhu badannya mencecah 38°C. Itu pun dah berkurangan suhunya berbanding malam tadi. Tapi doktor memberitahu tiada simpton yang berbahaya. Cuma kena lebih beri perhatian sedikit dalam penjagaan baby di usia awal ini.
Apa yang aku nak kongsikan di sini, agaknya dah banyak kali la jugak pengalaman aku bawak anak kecil jumpa doktor. Baik di klinik swasta atau pun hospital kerajaan. Jika di tanya pendapat peribadi lah, aku lebih suka bawa anak jumpa doktor perempuan yang berusia 40an ke atas. Ini kerana cara layanan yang di berikan terhadap anak kecil agak berbeza dengan doktor-doktor muda terutama yang fresh graduate.
Ini mungkin disebabkan selain daripada ilmu kedoktoran, naluri keibuan yang berbeza bagi mereka yang dah mempunyai anak sendiri berbanding yang belum mempunyai anak. Tapi bukannya aku menafikan ilmu kedoktoran yang muda tu tak bagus. Depa pun bagus jugak dari segi ilmu, cuma berbeza dari segi pengalaman. Pengalaman tak di ajar di universiti tapi harus melaluinya.

Untuk pilihan sebegini hanya di klinik swasta sahaja tau. Jangan ngada-ngada pulak pergi ke hospital kerajaan, pastu korang demand nak jumpa doktor mana yang korang berkenan. Kih kih kih
kalau abah dia demam, mesti nak cari doktor perempuan yang muda kut.... sebab nanti cepat sembuh (sila baca dengan maksud bagi tujuan perubatan iaitu CEPAT SEMBUH).