Pelbagai jenis aneka colek di sediakan di Restoran Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju yang terletak di No.19, Jalan Wangsa Delima 2A, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. Sepanjang bulan puasa nie, penggemar colek boleh menikmati dengan pelbagai jenis colek di sediakan dengan harga yang berpatutan.
Sekiranya di hari biasa dan bulan biasa, restoran ini menyediakan Nasi Kak Wook. Boleh baca di entri aku yang lepas bertajuk Nasi Kak Wook - Selera Wangsa Maju.
Haah tu dia.... antara menu kegemaran iaitu colek ayam. Colek ayam ini akan di campur dengan beberapa jenis lain lagi seperti paru, fishball, keropok dan kueh malas (cucur malas).
Sepanjang bulan puasa colek kerang juga "sangat laku". Ntah di mana sedapnya tetapi bila di makan terutama selepas solat teraweh sambil-sambil bersembang dengan kawan-kawan mungkin boleh menyebabkan kita lupa berapa jumlah yang telah di makan. Di situlah terletak keistimewaannya kut.
popia goreng & cucur malas (kueh malas)
Sepinggan colek ayam ini yang di campur dengan sedikit kueh malas, fishball & keropok berharga RM25 kerana saiz ketulan ayam yang di letak juga agak besar. Masa ambik pesanan, aku tanya harga terlebih dahulu. Katanya cuma RM20 sepinggan. Bila sampai pesanan harga dah berubah naik RM5. Hahahaha.... tadaaaaa, sungguh ajaib. Dalam masa tak sampai berapa minit jer pun. Hahaha, tapi ok lah. Bukan tiap-tiap malam nak makan pun.
Tapi secara keseluruhannya sos yang digunakan memang sedap. Agak berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Sekiranya anda nak mencuba sendiri dan ingin mengetahui lebih lanjut boleh melawat laman facebook Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju.
*cadangan: mohon di tampal senarai harga setiap jenis menu di dinding (sementara boleh gunakan manila kad) agar senang pelanggan untuk membuat pilihan yang tepat.