gambar lama ihsan dari google
ICT Haji Pok Long (Seafood) terletak di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Lokasi berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Kami singgah untuk makan Ikan Celup Tepung (ICT) sebelum nak bertolak balik KL.
Ikan Pari Celup Tepung - RM6 sepinggan
Melalui pembacaan di beberapa blog dan aplikasi MakanJom, ada ramai yang memuji ikan pari celup tepung yang agak sedap. Tapi kebetulan yang aku makan ikan pari yang dah sejuk. Makanan apa pun kalau dah sejuk memang la agak kurang. Tapi dia punya tepung memang terbaik. Sangat ranggup.
Sotong Celup Tepung - RM6 sepinggan
Sekali lagi perasaan untuk menikmati seafood celup tepung nie terbantut apabila sotong juga sudah sejuk. Tapi tepung yang di gunakan memang boleh di puji kelas A+.
Udang Celup Tepung - RM6 sepinggan
Walaubagaimanapun, sedikit terubat apabila udang celup tepung yang baru di angkat dari kuali memang sangat ranggup. Berharga RM6 sepinggan dan ada lebih kurang 5 ekor sedang-sedang besar. Takde la kecik sangat dan takde lah besar sangat. Untuk udang panas nie boleh dikatakan 9/10 jika mahu di beri penggredan.
ABC
Haaa...tu dia ABC yang di makan ketika mana musim cuaca panas memang sangat menyelerakan. Mewah dengan taburan kacang kat bahagian atas memang cukup mengujakan.
Jika berpeluang lagi ke Kuala Terengganu mungkin boleh mencuba beberapa lagi tempat makan ikan celup tepung yang dikatakan agak berbaloi untuk dicuba. Entah bila lagi akan sampai....