
Dah lama teringin nak ke Restoran Me'nate Steak Hub nie. Tapi bilamana mengenangkan harga serta resit makanan yang di viral dekat facebook membuatkan terfikir 18 kali banyak kali jugak la. Ini bukan kelas kami. Tapi bila mana tengok kawan-kawan pergi makan, ada yang cakap memang sedap dan berbaloi dengan harga yang di bayar. Malahan katanya harga tak ada lah mahal sangat. Dan banyak harga yang mampu pilih sebenarnya.
Setelah keinginan yang telah bertahun berjaya di pujuk akhirnya ternoda jugak. Berbekalkan dengan senarai menu (gambar di atas ) dan membaca beberapa blog perkongsian dari mereka yang pernah berkunjung maka pertama sekali aku menggunakan khidmat pakcik google untuk mencari maklumat iaitu apa itu The Wa'gyu, The Black AngusdanThe Grain Fed Animal agar dapat membuat pilihan yang tepat.
Melalui pencarian di google dan bacaan blog, rupanya daging tersebut telah siap pack (seperti gambar di bawah). Kita boleh buat pilihan daging jenis apa yang kita kehendaki dan setiap bungkusan telah tertera jenis daging, berat serta harga. Pilih lah dengan kemampuan dan keinginan agar selari. Daging yang telah siap di bungkus di simpan dalam peti (gambar di atas) dan terjamin tahap kebersihannya.
Pilih sajer yang mana berkenan, dan bagi pada pelayan dan bagi tahu jenis sos yang di ingini serta tahap masakan daging seperti mana gambar di bawah. Untuk pilihan kali ini aku memeilih medium. Nampak macam menarik jer....macam cantik jer....macam comel jer.
Lamb Rack - umi
Angus Ribeye - abah
Meatballs 20pcs - abang Muaz
Fries untuk boss kecik
Secara keseluruhan sangat berpuas hati dan berbaloi dengan harga yang di bayar. Tapi dengan tahap poket kami rasanya untuk mencuba kali kedua adalah pada peratus yang rendah. Bukan kerana kekurangan kualiti masakan, tetapi cukuplah dapat merasa sekali. Sekurangnya takde lah mengidam sangat lain kali.