Kali pertama melangkah ke Che Mat Delights pada 2 minggu lepas untuk makan tengahari. Menu nampak agak simple sahaja, tapi bagi tekak dan selera aku & wife boleh dikatakan ini adalah antara menu kegemaran kami. Air sirap akan di hidang secara percuma di dalam bekas dan akan di tambah (macam dekat kenduri kahwin....heheheh). Menu yang kami ambil adalah Nasi Putih 2, Ayam Kampung 2 ketul, IkanBakar (tawar) seekor beserta set ulam & budu, Gulai Daging semangkuk. Harganya cuma RM18 sahaja. Mungkin tersalah kira rasanya.... Hahahaha
Kali kedua kami pergi dah tak sempat nak ambil gambar sebab perut lapar yang amat. Manakala kali ke-3, kami pergi selepas solat maghrib untuk makan malam. Hidangan istimewa dari tokey kedai yang memberi secara PERCUMA kepada semua pelanggannya Nasi Kerabu Ayam Percik selama 2 malam berturut-turut. Semoga murah rezeki tokey.
Waktu rehat tengahari tadi adalah kunjungan kami untuk kali ke-4. Bermula hari ini, penyediaan menu adalah secara buffet iaitu RM15/pax dan boleh makan sehingga puas. Walaubagaimanapun kami memilih lauk yang kami ingin makan sahaja agar tidak berlaku pembaziran. Alhamdulillah, kesemua lauk yang di ambil semuanya habis termasuk sotong yang tiada dalam gambar. Ikan patin gulai tempoyak adalah paling sedap walau kali pertama percubaan dalam seumur hayat aku ini.
Untuk menu-menu lain boleh tengok di gambar di bawah
** Bagi yang ingin mencari selera pantai timur boleh lah berkunjung ke Kedai Che Mat Delights atau kunjungi laman facebooknya dengan klik di sini untuk tengok menu hariannya.