Seorang pelanggan ke kedai makan untuk mengisi perut. Datang seorang pelayan dan mengambil pesanan. Setelah membuat pesanan maka pelanggan tersebut sabar menanti menunggu hidangan yang di pesan sampai.
Sehingga 30minit tiada apa-apa pesanan yang sampai waima air segelas pun. Maka pelanggan tersebut memanggil pelayan bertanyakan pesanannya yang belum dapat. Maka pelayan tersebut suruh sabar kerana itu waktu puncak, mengambil masa lama dan kekurangan kakitangan. Pelayan cuma cakap tunggu jer, nanti sampai lah tu. Pelanggan bertambah kehairanan kerana pelanggan lain di meja sebelah yang telah datang kemudian tetapi telah ke kaunter untuk bayaran.
Hampir sejam berlalu, menu yang di pesan belum juga tiba. Situasi sama berlaku beberapa kali dengan pelayan cuma memberi alasan sila tunggu jer lah.
"Kami menerima pesanan yang banyak nie. Bukan encik sorang jer mahu makan di sini. Encik tak nampak ker kami sibuk?"
Walhal tengok pada beberapa gelagat pelayan ada yang sedak seronok bersembang, sedang bermain telefon, sedang bergurau senda sesama mereka. Ah...semakin pening pelanggan tersebut yang sudah lapar dan sangat berkeperluan untuk makan. Jika tidak dapat makan ketika itu, ada kemungkinan boleh menyebabkan penyakit gastrik datang kembali.
Setelah hampir 3 jam menunggu, pelanggan tersebut sekali lagi memanggil pelayan. Pelayan datang lagi ke meja pelanggan.
"Sekejap yer encik, kami semak dulu pesanan encik di bahagian dapur"
"Maaf encik....betul kah encik ada membuat pesanan tadi? Melalui semakan kami tidak terdapat pun pesanan encik di bahagian dapur"
"Aik....macam mana pesanan saya boleh hilang? Takkan saya duduk sini hampir 3 jam menunggu tanpa membuat sebarang pesanan?"
"Betul encik....melalui semakan kami dengan departmen kitchen, mendapati tiada sebarang permohonan apa-apa jenis menu makanan yang di terima dari pihak encik"
"Ok....tak mengapalah kalau dah memang begitu"
"Macam nie la encik....nak gaduh atau bising-bising pun tak guna. Apa kata encik membuat pesanan baru dan saya akan pastikan saya sendiri akan pergi memasak. Dalam 5 minit encik terus boleh makan"
Mereka pun berhuhuhuhuhuhu sampai ke subuh......