Quantcast
Channel: Sekadar Berkongsi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 339

Wasiat Arwah Abah

$
0
0

Semenjak akhir-akhir ini sering termimpikan arwah abah yang telah kembali ke rahmatullah pada April 1994. Kini telah melebihi 21 tahun namun kenangan dan rupa senyuman arwah masih lekat di hati ini. Kebetulan awal pagi jumaat lepas balik ke KB dan sempat singgah bawa cucu-cucu Tok Abah datang ke kubur sebelum tiba ke destinasi rumah Mama Tok.

Kini persekitaran kubur Kg. Sakar, Pasir Mas ini di jaga dengan rapi dan sangat bersih.


Balik ke rumah, selongkar almari lama dengan niat untuk mencari dokumen-dokumen penting untuk di simpan elok-elok dalam fail agar senang untuk di cari apabilas di perlukan. Banyak terjumpa gambar-gambar lama, dokumen lama, poskad yang di hantar oleh arwah untuk mama setiap kali arwah menghadiri mana-mana kursus dan macam-macam lagi. 

Dan paling tersentuh apabila terjumpa wasiat arwah yang di tulisnya sebelum meninggal. Kertas ini telah di jumpai setelah arwah dah tiada. 


"Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya

Allah hadirkan melalui mimpi agar anak-anak arwah tidak melupai untuk terus berdoa untuk arwah di sana.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 339