Menghabiskan hujung minggu di Kalumpang Resort & Training Centre, Hulu Selangor dalam Kursus Pemantapan Kerja Berpasukan. Bergerak ke Kalumpang selepas solat Jumaat dengan menaiki kenderaan sendiri iaitu motosikal pada jarak perjalanan hampir 70km dari Batu Caves. Nasib kami staff lelaki jarang dapat perkhidmatan menggunakan kenderaan jabatan. Kerana pemandu biasanya hanya berkhidmat untuk staff perempuan sahaja. Sanggup menjemput di rumah dan menghantar kembali ke rumah masing-masing walaupun se awal jam 6.00am. Eh...eh.... termengata la pulak.
Haaa....ini lah tempat penginapan kami. Berkonsepkan kontena, berkatil double-decker, muat untuk 8 orang peserta dalam setiap kontena. Berjalan berselisih bahu mengajar kami erti perkongsian dan tahap kesabaran serta bersyukur dengan apa yang ada. Hehehehe....walaupun tanpa selimut yang di bekalkan tetap tidak menjadi masalah kerana kita dapat belajar untuk menggunakan serta memanfaatkan barangan apa yang ada di sekeliling kita iaitu berselimut menggunakan kain pelikat.
Jadual aktiviti 3 hari 2 malam agak padat terutama pada hari ke-2 iaitu permainan Explore Race serta Jungle Tracking. Pada usia aku yang dah hampir nak masuk 40an pun tetap masih boleh beraktiviti lasak macam staff baru yang masuk kerja. Haaa...walaupun rambut dah beruban sana-sini bukan bermaksud boleh nak "makan" suka-suka tau. Ini uban bukan sebarang uban. Hehehe...
![]()

Wah....ada flying fox gitewww. Sempat jugak la nak merasa menghilangkan perasaan gayat. Alang-alang dah datang jauh-jauh rugilah kalau tak mencuba. Sebab bila nak datang sendiri dah tentu kena keluarkan duit belanja sendiri kan???. Hah...memang takde lah nak membazir.
Jadual aktiviti 3 hari 2 malam agak padat terutama pada hari ke-2 iaitu permainan Explore Race serta Jungle Tracking. Pada usia aku yang dah hampir nak masuk 40an pun tetap masih boleh beraktiviti lasak macam staff baru yang masuk kerja. Haaa...walaupun rambut dah beruban sana-sini bukan bermaksud boleh nak "makan" suka-suka tau. Ini uban bukan sebarang uban. Hehehe...

Secara keselurahan aktiviti sebegini sememangnya menyeronokkan memandangkan banyak aktiviti luar berbanding kursus di hotel yang hanya menadah telinga mendengar. Andai dapat di beri cadangan kepada pihak urusetia untuk penambahbaikkan, suka untuk di utarakan, ketika waktu pendaftaran peserta eloklah sekiranya setiap peserta daripada pejabat yang berbeza agar dapat di tempatkan di bilik penginapan yang sama agar kita semua dapat mengenali staff dari pejabat yang berlainan walaupun kita di bawah satu jabatan yang sama. Ini akan mengelakkan daripada berpuak dan di kelilingi kumpulan yang sama baik ketika di pejabat atau ketika menyertai kursus.
Aktiviti sebegini juga mungkin ada baiknya jika di campur dari pelbagai gred dan kumpulan perkhidmatan. Gred perjawatan boleh di tinggalkan di pejabat masing-masing & bila kursus sebegini kita dapat bersama bekerja secara berkumpulan serta dapat menurunkan ego terutama apabila ketua kumpulan yang di lantik terdiri daripada staff baru atau gred rendah yang mengetuai kumpulan.