Quantcast
Channel: Sekadar Berkongsi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 339

Peniaga Yang Tidak Jujur

$
0
0

Sebulan lepas beli motorsikal kat sebuah kedai di  Taman Sri Selayang, Batu Caves. Urusan untuk pembelian dan pertukaran nama mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari. Niat di hati ingin tambah box berjenama Givi kat belakang motor seperti dalam gambar kat atas. Dan siap bagi tahu awal-awal kat pomen jangan pasang apa-apa lagi. Tunggu aku datang bayar penuh baru pasang.

Bila nak pegi ambik motor, tengok box tersebut telah siap di pasang terlebih dahulu. Apa yang menjadi masalah adalah berkenaan besi penyokong box tersebut yang di pasang tidak seperti apa yang dikehendaki. Bila di bagi tahu, boleh pulak dia cakap, 

"Ala...sama jer. Ini dia punya adik maaa"

Nampak tak sedikit kelakaran kat situ. Bila kau dah pegi merisik si kakak, dah bercintan-cintun dan jatuh hati pada si kakak yang spec body nya solid molid bergetah, tetiba si bakal mertua nak bagi si adik yang spec nya yang agak sedikit kurang berbanding si akak. Tak nak bising punya pasal walaupun aku ada HAK untuk suruh dia bukak balik. Habis part 1.



Bersambung ke Part 2. Bila dah cukup tempoh 1000km pertama, gigih la aku ke kedai tersebut untuk servis yang kali pertama. Kebiasaannya 1st service kita akan buat di kedai yang kita beli sebab dapat kos penyelenggaraan percuma namun harga barang yang di tukar tetap akan dikenakan caj.

Bila di ambik botol minyak hitam di rak aku ternampak ada keluar minyak yang meleleh kat botol tersebut. Bila di bukak tudung penutup ternyata seal tersebut telah di buka. Ambil botol kedua dan buka pun juga berkeadaan yang sama. 

"Kenapa seal ni sudah buka?"
"Oh....memang macam tu sebab kita nak check minyak maaaa"

Hahahaha.... kau ingat aku datang dari planet mana agaknya? Nak kencing aku pun agak-agak la. Jangan la sampai meleleh kat paha apek. Minyak tersebut mungkin campuran daripada lebihan pengguna lain kerana setiap botol mengandungi 1 liter minyak dan kebanyakkan motor hanya menggunakan hanya 800ml. Lebihan 200ml (milik pengguna lain yang telah membayar harga minyak tersebut yang tidak di pulangkan) mungkin telah di campur-campur. Campuran ini mungkin juga melibatkan dari pelbagai jenis minyak seperti Fully Synthetic, Semi Synthetic atau juga dari minyak jenis biasa yang di jual dengan harga Fully Synthetic. 

Start motor pegi cari bengkel lain....abis citer!!!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 339

Trending Articles