Semalam menghadiri majlis jamuan raya opis wife yang di adakan di Setiawangsa. Tak sempat nak bergambar dengan PM sebab hanya selisih ketika nak masuk lift. Nampak sedikit kurus PM, mungkin kerana terlalu memikirkan pelbagai masalah yang melanda negara kini baik dari segi ekonomi serta juga politik dalaman.
2 Orang penyanyi lejen sebagai jemputan turut hadir memeriahkan majlis. Pada awalnya Abang Jamal Abdillah dan aku tak sempat nak mendengar suara abang Jamal sebab aku ke majlis tersebut pada jam 2.00pm lebih dan ketika itu Abang Jamal sudah balik dan di sambung oleh Abang Saleem (bekas penyanyi iklim). Kedua-dua penyanyi ini masih kekal lejen dan suara mereka mempunyai keunikan yang tersendiri.
Tak sempat nak mengambil gambar menu-menu yang pelbagai semalam. Maklumlah majlis yang di hadiri antaranya ramai yang bergelar datuk-datuk nih, segan la pulak. Aku up jer lah gambar kambing golek semasa majlis raya di pejabat aku minggu lepas. Kambing ini aku hanya sempat tengok ketika ia di bakar dan hanya ambik bau asap sahaja. Kuciwa tak sempat nak merasa.... Dah la kambing nie peberet kesukaan ramai. Sakitnya tuh di sini masih lagi terasa......
Hari ini ada satu lagi jemputan.... mungkin majlis makan-makan 1 Zulkaedah.