Raya tahun ni mungkin ramai yang akan berkira-kira dari segi bajet kan? Tak tahu lah sejauh mana bagi orang lain. Tapi bagi aku persediaan menyambut raya untuk tahun ini sangat terhad dan cukup ala kadar sahaja. Dan sudah tentu, duit raya antara yang termasuk dalam bajet raya.
Ada yang membuat perbandingan, memberi sebelum raya (bulan puasa) & ketika raya dari segi kebaikan dan tuntutan. Bagi aku, jika berkemampuan tidak menjadi satu kesalahan untuk memberi duit raya mengikut kemampuan sendiri. Soal sedekah di bulan puasa, itu bahagian lain. Cerita duit raya hanya sekadar adat untuk memeriahkan dan menggembirakan anak-anak kecil. Bukan bagi duit raya pada mak-bapak budak-budak yang datang bertandang pun kan?
Takkan lah bila orang lain bagi duit raya pada anak kita, kita nak bagi senyuman & ucapan terima kasih jer kan? Hahahaha....walaupun depa tak mengata kat belakang,
"uhh...kedekutnya, kita bagi kat anak-anak depa, depa tak bagi pun sampul raya kat anak kita"
Tapi sanggup kah kita? Hahahaha....
Wah....orang KL balik beraya. Beraya dengan orang KL nie tentu dapat banyak duit raya
Hahaha....korang tau tak, bukan semua yang kerja kat KL berduit lebih sangat-sangat? Tapi takkan la balik jarang-jarang sekali pun tak boleh bagi duit pada anak-anak saudara terutama yang masih kecil dan bersekolah. Ikut kemampuan & keperluan masing-masing.
Namun yang pasti, ramai yang termenung panjang setiap kali selepas raya.