Hari ini sudah masuk hari ke-20 berpuasa kan? Maksudnya hanya tinggal 9 hari jer lagi. Sama ada 9 hari baki untuk menyambut raya, atau lagi baki 9 hari untuk mempertingkatkan ibadah. Tepuk dada tanya iman masing-masing di dada.
Bila di penghujung ramadhan, selera untuk bersahur juga semakin menurun. Tapi masih tetap bangun sahur dan masih belum lagi ketinggalan untuk tahun ini. Kalau tahun lepas, mesti ada sehari-dua yang terbangun di waktu kecemasan dan sempat minum air dan makan tamar sahaja 2-3 biji.
Bukan sahaja di waktu bersahur, kekadang untuk berbuka juga sudah hilang selera makan. Adakah ini tandanya nikmat selera sudah di tarik sedikit demi sedikit? Hampir kebanyakkan menu yang terlintas di kepala tidak keinginan seperti di awal ramadhan dahulu.
Namun.... masih ada insan lain di luar sana yang tidak ada apa yang boleh di makan, bukannya memikirkan apa lagi yang mahu di makan.
Daripada Zaid bin Khalid RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikit pun”. - sumber dari e-hadith.