Quantcast
Channel: Sekadar Berkongsi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 339

Petua Batuk Yang Berpanjangan?

$
0
0
Sesiapa ada petua yang boleh berkongsi sekiranya mengalami batuk yang berpanjangan? Maksudnya petua tersebut telah di cuba sendiri dan telah terbukti berhasil atas ujian & eksperimen pada diri sendiri.



Dah lebih 2 minggu mengalami batuk (berkahak) dan hari masuk hari ini genap seminggu suara tak keluar. Biasanya cuma batuk sahaja. Sememangnya aku bila batuk memang susah sket nak elok. Ubat kalo tak berbotol-botol memang tak sah.

Kali nie dah 2x ke klinik (jumpa doktor). Dah di beri ubat batuk 2-3 jenis, ubat antibiotik, ubat untuk tekak katanya dan juga lozenges. Strepsil yang beli kat kedai biasa pun dah cuba tapi masih juga belum elok.

Hari ini, ke farmasi untuk mencuba ubat lain yang mungkin boleh jadi serasi dengan batuk aku nie. Aku juga bagitahu batuk nie dah melebihi 2 minggu dan beberapa kali telah jumpa doktor. Wah... untuk pertama kali dalam hidup aku. Ahli farmasi nie cuma memberi khidmat nasihat percuma berbentuk petua. Hahaha.... rasanya apa salah aku cuba petua baru nie. Sebab sebelum ni pun apa sahaja saranan ahli farmasi tak berdaftar pun aku ikut jer. Harap-harap esok lusa ada perkembangan baik setelah mencuba petua baru pertama kali aku dengar nie.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 339