Sebagai LELAKI KELANTAN.... sudah tentu terasa sedih di hati bilamana tak dapat bersama-sama untuk memeriahkan perlawanan akhir antara Kelantan FA (TRW) bertemu Lions XII bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam esok iaitu 23 Mei 2015. Untuk kesekian kalinya, kini hanya menonton secara langsung di TV sahaja.
Hari ini di jangka jalan raya dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur akan meriah dengan kenderaan yang bergerak secara konvoi beramai-ramai dengan bendera yang di pasang di setiap kenderaan dan juga deringan hon serta lampu yang di "beam". Meriah....sungguh meriah.
Walaubagaimanapun, dalam kemeriahan tersebut ingatlah agar tidak berlebih-lebihan. Sukan menyatukan kita. Jangan di sebabkan bola kita saling bermusuhan. Kepada saudara mara, adik-kakok woreh-waroh dari Kelantan semoga selamat tiba dan kembali ke destinasi dengan selamatnya. Tahniah juga kepada YAB MB Kelantan yang telah mengumumkan cuti peristiwa lebih awal iaitu pada 24 Mei 2015 agar perjalanan pulang ke destinasi masing-masing lebih selamat & selesa.
Tahniah kepada kedua-dua pasukan yang layak ke pentas final.