Nasi Kak Wok Ampang (One Kitchen) terletak di Medan Selera Bunga Tanjung Ampang. Lokasinya di belakang Hospital Ampang Puteri (KPJ).
Nasi Kak Wok yang asal adalah di belakang KBMC, Kota Bharu. Sentiasa menjadi pilihan penggemar nasi belauk pagi ore kelate. Jika di sana, boleh di katakan mereka yang ingin membeli terpaksa beratur terlebih dahulu walaupun 3-4 lane yang telah disediakan.
Mungkin tokey kedai ini salah seorang anak murid tuan punya asal. Takde la pula pegi tanya dia sama ada abang nie saudara-mara dengan Kak Wok ataupun pernah bekerja di kedai Kak Wok.
Pandangan hadapan kedai untuk memudahkan sesiapa yang ingin mencari lokasi dan mencuba sendiri. Sehingga akhir Disember promosi harga RM4.00 untuk harga nasi sebungkus + Teh O sekiranya makan di situ.