Program pagi jumaat di pejabat boleh dikatakan agak kerap di adakan majlis bacaan surah Yaasin + tazkirah oleh ustaz-ustaz jemputan. Sekiranya ustaz jemputan tiada, hanya majlis bacaan Yaasin sahaja di antara kami rakan sepejabat.
Sudah banyak tahun program sebegini di anjurkan. Kekadang terdetik juga dalam hati, apakah hanya ada satu surah jer ker dalam kitab Al-Qur'an. Kenapa asal hari jumaat jer mesti bacaan Yaasin. Mana pegi surah-surah lain?
Teringin juga untuk memberi cadangan kepada bos untuk di adakan program yang berlainan coraknya atau di selang-seli. Mungkin minggu ini bacaan Yaasin, minggu depan di tukar surah Al-Kahfi pula. Mungkin minggu satu lagi belajar tajwid pula. Boleh di selang-seli dengan tafsir ayat Al-Qur'an & hadis agar di pelbagaikan program pagi jumaat.
Tapi tazkirah ringkas oleh ustaz pagi ini tersangat berkesan. Terasa yang amat sangat akan suatu perasaan. Bila balik kerja petang hari, nak berkemas nak bersiap-siap beg pakaian dan nak balik ke kampung 3-4 hari nak menjenguk mak-bonda. Bukan setakat nak menjenguk, tapi nak cium tangan bonda. Tapi yer lah.... apa kan daya. Bersabarlah duhai hati....