Hari ahad lepas ke Midvalley Megamall dengan motor gara-gara nak tukar alat kawalan jauh astro secara percuma. Dah pegi pada hari sabtu mulanya, tapi tak bawa alat kawalan jauh yang lama.
Jenuh berpusing mencari lokasi untuk meletak motor sebab pertama kali ke Midvalley dengan motorsikal pada tahun 2000 dulu. Harga untuk bayaran meletak kenderaan bermotor adalah sebanyak RM1.50 untuk kadar bayaran sekali masuk (seperti resit di atas).
Untuk peringatan pembaca blog yang bercita-cita nak ke midvalley dengan motor, sila simpan resit tersebut kerana apabila nak keluar kita perlu imbas (scan) resit tersebut terlebih dahulu. Awas, sekiranya hilang anda akan di DENDA sebanyak RM10.
Aku yang tak perasan pada nota kecil tersebut telah membuang resit. Apabila nak keluar barulah kelam kabut apabila palang tak terbuka dan di suruh mengimbas tiket parking tersebut oleh penjaga parking. Hehehe... nasib baik menyebelahi resit tersebut di jumpai di tempat meletak motor sebelum itu.
Moral of the story: sila baca pada setiap resit bayaran dan semak samada jumlah bayaran betul dan tepat dan simpan untuk suatu tempoh yang di perlukan. Sila baca kat Simpan Setiap Resit Pembayaran Yang Dibuat berkenaan kepentingan menyimpan sesuatu resit bayaran.