Hehehe...tajuk tak boleh blah. Menyambut raya di perantauan konon.... macam la nak balik kampung kena guna passport & tiket flight bagai. Tahun nie kami sekeluarga tak balik beraya di kampung, berkumpul di rumah kekanda di Shah Alam.
Sabar yer Abang Muaz..... Insya Allah, lain kali kita balik beraya rumah Mamatok & rumah Tok Ayoh dan Tokma
Sebanyak 10 el toro (lembu kurban) dan seekor kambing biri-biri yang siap sedia untuk di korbankan (Surau Al-Hijrah, Kota Kemuning Shah Alam)
El Toro kedua yang pada mulanya di beri nama Umar kemudian di tukar kepada Ali sedang dalam proses untuk direbahkan. Lembu yang paling besar iaitu melebihi 500kg. Pada mulanya di jangka lembu ini agak sukar untuk diuruskan, namun segala urusan dipermudahkan.
Tulang temulang yang di potong menggunakan mesin yang di sewa khas. Balik rumah nak cuba potong tulang guna parang, al-kesudahannya mata parang ku bengkok. Hahahaha....
Suasana muafakat yang agak tinggi di kalangan jemaah & penduduk kariah Kota Kemuning. Sistem yang di gunapakai juga agak sistematik dan berjalan lancar walaupun target asal, urusan akan selesai pada jam 12pm namun berlanjutan sehinggan ke waktu lepas zohor. Semoga ibadah korban para peserta semua di terima Allah swt.
Hanya yang petugas yang dibenarkan sahaja (berbaju kuning) untuk menguruskan di dalam kawasan yang telah disediakan. Ini bagi mengelakkan segala urusan menjadi kelam kabut & tidak terurus. Terasa juga ingin menolong apa yang patut, untuk lebih menyelami perasaan menguruskan ibadah korban namun terpaksa menghormati keputusan jawatankuasa yang tidak membenarkan agar urusan penyembelihan lebih licin & lancar.
Antara daging korban yang telah siap sedia di bungkus dalam plastik dengan timbangan 1kg untuk agihan kepada mereka yang telah dibekalkan kupon terlebih dahulu oleh pihak jawatankuasa.
Makan tengahari juga disediakan yang di masak secara gotong royong oleh kaum ibu yang bertugas di bahagian dapur. Antara menu di sediakan adalah sup tulang, daging goreng kunyit, hati goreng, daging kambing masak gulai batang pisang. Alhamdulillah.... terasa nikmatnya masakan secara gotong royong ini.
Hehehe...tahun ini menumpang kasih suasana hari raya Aidiladha bersama kariah Kota Kemuning, Shah Alam. Alhamdulillah terasa meriahnya menyambut hari raya mengubat kerinduan tak dapat beraya bersama bonda tersayang dan keluarga mertua di kampung.
Mungkin tahun depan ambil seekor lembu untuk di kongsi bahagian bersama adik-beradik pula. Insya Allah....