Rasionalisasi mengikut kamus Dewan boleh klik sini. Tafsiran suka-suki aku adalah "harga tidak naik cuma subsidi di kurangkan". Hari nie aku nak study matematik yang dah lama aku tinggal dan berkarat semenjak zaman sekolah.
**gambar dari google images
Pada bulan Ogos 2014, harga pasaran, harga kawalan dan kadar subsidi adalah seperti gambarajah di atas. Manakala harga untuk bulan September sehingga 1 Oktober 2014 adalah seperti gambar di bawah yang aku snap pada hari sabtu lepas.
Melalui congak mudah matematik darjah 5 memberi maksud harga kawalan adalah tetap (tidak berubah) iaitu harga yang perlu di bayar oleh pengguna. Manakala harga sebenar (harga pasaran) telah menurun dari RM2.78 seliter kepada RM2.57 seliter iaitu penurunan sebanyak RM0.21. Pengurangan pemberian subsidi berkurang dari RM0.68 kepada RM0.47
Namun bermula 2 Oktober 2014 jam 12.01am harga kawalan naik kepada RM2.30 seliter iaitu peningkatan sebanyak RM0.20 setelah pemberian subsidi DITURUNKAN lagi sebanyak RM0.20 menjadikan pemberian subsidi adalah pada kadar RM0.27 bagi setiap liter? Itu pun sekiranya harga pasaran tidak berubah pada kadar RM2.57 seliter. Teruja menunggu harga pasaran yang sebenarnya dan berapakah jumlah pemberian subsidi yang sebenarnya.
Sesiapa yang sudi tolong perbetulkan sekiranya pemahaman aku ini salah....
macam mana la pula nanti apabila GST dilaksanakan..... adakah perubahan bakal berlaku lagi?